=))

Tuesday, March 20, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba


ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Friday, March 16, 2012

~~adakah kau tulang rusuk ku??~~


Apa bila lelaki kehilangan tulang rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di 
dunia ini? 
LELAKI: Kamu!!! 
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? 
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap 
WANITA dengan pasti) Kamu, tulang 
rusukku. 
Kerana Allah melihat bahawa Adam 
kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah 
mengambil rusuk Adam dan menciptakan 
Hawa. Semua LELAKI mencari tulang 
rusuknya yang hilang dan saat menemukan 
wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit 
di hatinya… 
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami 
masa yang indah dan manis untuk 
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini 
mulai tenggelam dalam kesibukan masing- 
masing dan kelelahan hidup yang ada. 
Hidup mereka menjadi 
membosankan. 
Kenyataan hidup yang kejam membuat 
mereka mulai menyisihkan impian dan 
cinta satu sama lain. Mereka mulai 
bertengkar dan pertengkaran itu mulai 
menjadi semakin panas. Pada suatu hari 
pada akhir sebuah pertengkaran WANITA 
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang 
jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan 
saya lagi!!!”. 
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan 
WANITA dan secara spontan juga berteriak 
“Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu 
ternyata bukan tulang rusukku!!!” 
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku 
untuk beberapa saat. 
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia 
lafazkan, tetapi seperti air yang telah 
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk 
kembali. Dengan berlinang air mata, 
WANITA kembali ke rumah dan mengambil 
barang-barangnya, bertekad 
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang 
rusukmu, biarkan saya pergi .Biarkan kita 
berpisah dan mencari pasangan sejati 
masing-masing”. 
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum 
lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari 
khabar akan kehidupan WANITA. WANITA 
pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. 
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing 
dan bercerai. 
LELAKI agak kecewa bila mengetahui 
WANITA tidak menunggu, sepertinya. 
Dan di tengah malam yang sunyi, dia 
meminum kopinya dan merasakan sakit di 
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup 
mengakui bahawa dia merindukan WANITA. 
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu 
kembali. Di airport, tempat di mana banyak 
terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka 
dipisahkan hanya oleh sebuah dinding 
pembatas. 
LELAKI: Apa khabar? 
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui 
tulang rusukmu yang hilang? 
LELAKI: Belum. 
WANITA: Saya akan terbang ke New York 
dengan penerbangan berikut. Saya akan 
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau 
kamu berkesempatan. Kamu tahu 
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang 
berubah. 
WANITA tersenyum manis, berlalu di 
hujung lafaz “Selamat tinggal..” 
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima 
khabar WANITA adalah salah seorang 
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, 
LELAKI meneguk kopinya dan kembali 
merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia 
sedar bahwa sakit itu adalah 
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri 
yang telah dengan bodohnya dia patahkan. 
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau 
kepada orang yang paling kita cintai. Dan 
akibatnya adalah penyesalan. Seringkali 
penyesalan itu datang dikemudiannya, 
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan 
kita, semua sudah 
terlambat… 
Kerana itu jagalah dan sayangilah orang 
yang dicintai dengan sepenuh hati.. 
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah 
dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan 
akan menyakiti orang yang dicintai? Kira 
merasakan akan 
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah 
dilafazkan. Kerana semakin besar risiko 
untuk kehilangan orang yang dicintai. 
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan 
dilafazkan sebanding dengan akibat yang 
akan diterima??

Monday, March 12, 2012

~~TAUBAT SEORANG HAMBA~~


Menurut kata-kata ulama, terdapat beberapa penyakit yang mudah ‘menjangkiti’ hati seorang Muslim. Antara penyakit tersebut adalah apabila dia berbicara, dia mungkin berbohong; apabila berilmu, dia mudah lupa; apabila beribadat, timbul rasa riak; apabila berbudi pekerti, dia memuji diri; apabila diberi keberanian, dia bersikap keterlaluan; apabila menjadi pemurah, dia menyebut-nyebut sumbangannya; apabila dijadikan Allah sebagai seorang yang cantik, dia menjadi sombong; apabila menjadi bangsawan, dia bangga diri; apabila malu keterlaluan, dia menjadi lemah diri; apabila diberi kemuliaan, dia menonjol-nonjol; apabila kaya, dia menjadi kedekut; dan apabila memberi ketaatan, dia berlebih-lebihan. Sebagai seorang hambaNya yang lemah, kita mudah terperangkap dalam setiap amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan kepadaNya. Di sinilah Allah mengajar kepada hambaNya agar sentiasa bertaubat dan perbetulkan niat.
Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang ‘ashi, apabila melakukan perkara keji dan mendedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu mereka ingat dan beristighfar kepada Allah SWT.  Mereka bertaubat kepada Allah kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa ayat 110)
Allah berfirman dalam surah Al-Taubat,ayat 118, “Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Syarat Taubat Diterima.
Syarat taubat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang ingin bertaubat adalah sebagai berikut:
1.     Taubat dilakukan dengan ikhlas, bukan kerana makhluk atau untuk tujuan duniawi.
2.    Menyesali dosa yang telah dilakukan dan tidak ingin mengulanginya kembali.
3.    Tidak terus menerus dalam berbuat dosa. Dan jika berkaitan dengan hak manusia, maka ia segera menunaikannya atau meminta maaf.
4.   Bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut lagi kerana jika seseorang masih bertekad untuk mengulanginya maka itu pertanda bahawa dia tidak benci kepada maksiat.
5.    Taubat dilakukan pada waktu diterimanya taubat iaitu sebelum datang ajal atau sebelum matahari terbit dari arah barat. Jika dilakukan setelah itu, maka taubat tersebut tidak lagi diterima.
Setiap hamba pernah berbuat salah, namun hamba yang terbaik adalah yang rajin bertaubat. Dari Anas, Rasulullah SAW bersabda,“Semua keturunan Adam adalah orang yang pernah berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.
Orang yang bertaubat akan digantikan dengan kebaikan bagi kesalahan yang pernah dilakukan. Allah Ta’ala berfirman, ”Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Furqon: 70)
Al Hasan Al Bashri mengatakan, ”Allah akan mengganti amalan kejahatan  yang dilakukan oleh seseorang dengan amalan soleh. Allah akan menggantikan kesyirikan yang pernah dilakukan dengan keikhlasan. Allah akan menggantikan perbuatan maksiat dengan kebaikan. Dan Allah pun menggantikan kekufurannya dahulu dengan keislaman.”
Tanda taubat diterima Allah
1.     Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2.    Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
3.    Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4.   Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah .
5.    Sungguhpun sedikit rezeki yang diperolehinya di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6.   Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Sedar ataupun tidak, sebenarnya Allah telah menjanjikan banyak kebaikan dan kebajikan kepada mereka yang bertaubat. Maka tidak syak lagi bahawa, jalan keluar ke pintu kebaikan terbuka luas untuk mereka yang sedang bergelumang dalam dosa maksiat. Jangan berputus  asa atas keampunan dan rahmat Allah. Ingatlah, bahawa Allah sentiasa menyayangi dan bersama orang-orang yang ingin mendekati-Nya.
Segala perlakuan bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.
Dalam hadith Riwayat Muslim, Rasulullah  bersabda, “Aku bertaubat lebih daripada 70 kali dalam satu hari.” Rasulullah yang diciptakan Allah dengan sifat-sifat maksum, sering bertaubat kepada Allah meskipun telah dijanjikan syurga dan menjadi kekasihNya. Oleh itu, kita sebagai hambaNya yang lemah dan sering alpa kepadaNya, haruslah bertaubat demi mengejar keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat nanti.
Semoga Allah menerima setiap taubat dan keampunan kita. Semoga Allah senantiasa memberi taufik kepada kita untuk menggapai redha-Nya. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.