=))

Friday, December 27, 2013

Ustaz Azhar Idrus Menjawab Mengenai Ucap Merry Christmas

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Di sini cuba membicarakan soal jawab mengenai isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada bukan islam yang telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus. Semua jawapan-jawapan ini telah dikumpulkan dan dibuat satu entri lengkap supaya semua dapat membacanya terus. Semoga bermanfaat untuk semua.

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. Tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak.

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) tu la, tak sibuk nak ucap yang Nabi s.a.w suruh ucap, doa dan zikir banyak lagi yang tak reti.

Soalan 2 : Betul dok ni?, jangan Ucap Merry Christmas!. Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak.

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni memang jenis degil.

Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.

Soalan 4 : (1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yang menyambutnya?

(2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dalam jamuan tersebut?

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. Ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat.

2. Boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.

Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim, jatuh haram ke?. Orang non muslim ni dah tau dah kita tak boleh ucapkan merry xmas, so diaorg pun tak ucaplah selamat hari raya, jadi mana keharmonian kat situ?. Nabi sendiri pun bila didatangi tetamu/raja non muslim, baginda layan sebaiknya.

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) boleh ucap dengan lafaz tahniah sahaja jangan ucapkan dengan lafaz salam. Kalau kafir tak mahu ucap selamat hari raya tak jadi masalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya. Zaman Rasulullah s.a.w masih hidup pun puak-puak kafir tak ucap selamat hari raya pun. Harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya, harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan-perayaan etnik terbesar di Malaysia seperti krismas, deepavali, raya cina dan lain-lain. Setakat mana umat Islam boleh merayakannya?

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) harus hadir ke rumah orang kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan agama lain macam contoh Krismas atau Tahun Baru Cina?

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak boleh sambut, yang boleh ialah ziarah rumah jiran yang kafir pada hari raya mereka sahaja.

Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas.

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pada hari-hari perayaan orang kafir kerana menunjukkan kita tidak meraikan perayaan orang kafir yang batil dari Kitab Bahrulmmazi.

HUKUM MELAKUKAN REBONDING RAMBUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Tadi ada ada terbaca sebuah artikel persoalan yang sangat berguna untuk dikongsi kepada kita seluruh umat Islam terutama kaum hawa. Bacalah dan fahami betul-betul.


Soalan :

Ustazah, apakah hukum melakukan proses rebonding rambut?

Jawapan :

Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094). Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut,menyambung rambut dan mewarnainya. Rebonding juga termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya perlu diperincikan.

Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri. 

Rebonding adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut si pemiliknya agar rambut jatuh lebih lurus dan lebih indah. Proses rebonding mempunyai dua peringkat iaitu:

Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan protein rambut. Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat pelurus rambut bersuhu tinggi. Kedua, rambut disapukan dengan krim tahap kedua untuk mengekalkankelurusan rambut.

Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut. Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida. Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan bentuk rambut kita. Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu.

Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut bertujuan untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut yang kerinting menjadi lurus.

Proses rebonding menghasilkan perubahan yang kekal pada rambut. Namun rambut baru yang tumbuh dari akar rambut akan tetap mempunyai bentuk rambut yang asli. Jadi, rebonding bukan pelurusan rambut biasa yang hanya menggunakan rawatan fizikal , tetapi juga menggunakan rawatan kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal. Inilah fakta (manath) rebonding.

Menurut kajian kami, melakukan proses rebonding hukumnya adalah haram kerana dua sebab iaitu mengubah ciptaan Allah dan menipu. Hukum rebonding adalah haram kerana ia termasuk dalam proses mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) yang telah diharamkan oleh nash-nash syara’. Dalil keharamannya adalah keumuman firman Allah yang bermaksud: “Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya”. [TMQ an-Nisaa` (4): 119].

Ayat ini menunjukkan haramnya mengubah ciptaan Allah, kerana syaitan tidak menyuruh manusia kecuali kepada perbuatan dosa.

Mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) didefinisikan sebagai proses mengubah sifat sesuatu sehingga seakan-akan ia menjadi sesuatu yang lain (tahawwul al-syai` ‘an shifatihi hatta yakuna ka`annahu syaiun akhar), atau bermakna menghilangkan sesuatuyang asal itu sendiri (al-izalah). [Hani bin Abdullah al-Jubair, Al-Dhawabit al-Syar’iyah li al-‘Amaliyat al-Tajmiliyyah, halaman 9].

Dari definisi tersebut, dapat kita ketahui bahawa rebonding termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah), kerana rebonding telah mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal sehingga mengubah sifat atau bentuk rambut asli menjadi sifat atau bentuk rambut yang lain. Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram.

Selain dalil di atas, keharaman rebonding juga didasarkan pada dalil Qiyas. Dalam hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA, baginda bersabda: “Allah melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut bulu kening dan yang minta dicabutkan bulu keningnya, serta wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan, mereka telah mengubah ciptaan Allah.” [HR Bukhari].

Hadis ini telah mengharamkan beberapa perbuatan yang disebut di dalam nash, iaitu mentatu, minta ditatu, mencabut atau minta dicabutkan bulu kening, dan merenggangkan gigi. Keharaman perbuatan-perbuatan itu sesungguhnya didasarkan pada suatu illat (alasan penetapan hukum), iaitu untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah (thalabul husni bi taghyir khalqillah). [Walid bin Rasyid Sa’idan, Al-Ifadah al-Syar’iyyah fi Ba’dh al-Masa`il al-Thibbiyyah, halaman 62].

Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram, kerana dapat diqiyaskan dengan perbuatan-perbuatan haram tersebut, apabila ada kesamaan illat, untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah.

Sebahagian ulama telah menyimpulkan adanya illat dalam hadis tersebut, sehingga mereka mengambil kesimpulan umum dengan jalan Qiyas, iaitu mengharamkan segala perbuatan yang memenuhi dua unsurillat hukum, iaitu mengubah ciptaan Allah dan untuk tujuan kecantikan.

Abu Ja’far Ath-Thabari berkata,”Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita tidak boleh mengubah sesuatu dari apa saja yang Allah telah menciptakannya atas sifat pada sesuatu itu dengan menambah atau mengurangi, untuk tujuan kecantikan, baik untuk suami mahupun untuk selain suami.” [Imam Syaukani, Nailul Authar, 10/156; Ibnu Hajar, Fathul Bari, 17/41; Tuhfatul Ahwadzi, 7/91].

Hukum rebonding adalah haram kerana ia juga termasuk dalam penipuan. Muawiyah berkata:"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan." [Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.]

Oleh kerana proses rebonding mengubah bentuk rambut daripada satu bentuk menjadi bentuk yang berbeza daripada bentuk asal, maka ia dianggap sebagai penipuan.

Adapun meluruskan atau mengerintingkan rambut tanpa rawatan kimia yang mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya, hukumnya boleh.

Sama juga hukumnya dengan perubahan yang bersifat sementara seperti dengan bersikat, menggunakan gel dan mendandan rambut. Malahan ini perkara yang disunatkan.

Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." [Hr Abu Daud - hasan sahih]

Ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah, tapi termasuk tazayyun(berhias) yang dibolehkan bahkan dianjurkan syara’, dengan syarat tidak boleh dipamerkan kepada yang bukan mahram. Wallahu a’lam.