=))

Friday, September 30, 2011

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah
 kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah 
kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam 
melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan 
pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun 
terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang 
beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR


Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal 

dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah 

disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan 



hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman 



keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi 



disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih 



daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes 



mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih 



berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan 



perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.



Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas 
penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam 
Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah 
berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah 
direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan 
perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu 
Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah 
bersabda:


“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah 
satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin 
berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar 
daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang 
Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak 
melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang 
telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah 
yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW 
daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-
Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:


“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya 
Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong 
tanganya”


Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan 
zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk 
memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah 
SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan 
daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang 
berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan 
orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka 
daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:


"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-
orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika 
hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi 
peringatan, nasihat dan pengajaran".


Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan 
Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki 
yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka 
sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai 
suami yang boleh dikenali baginya.


PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama 
kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia 
daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat 
daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang 
dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka 
yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua 
jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan 
itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi 
kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang 
belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah 
wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja 
yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi 
penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat 
perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang 
kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga 
menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas 
penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai 
nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai 
kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak 
manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi 
manusia jenis ini.


HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD


Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 
Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang 
penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan 
diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya 
musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum 
tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi 
menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom 
Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. 
Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami 
kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang 
baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik 
adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang 
di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan 
semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada 
AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV 
AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus 
AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 
kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca 
daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang 
menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah 
menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma 
baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV 
AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik 
bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping 
memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk 
melakukan kesalahan yang sama.


IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD


Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan 
pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat 
berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga 
keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu 
keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya 
mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-
benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi 
kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-
bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau 
tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada 
mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme 
pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. 
Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) 
adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) 
yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat 
mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang 
asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan 
dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di 
tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri 
itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial 
yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah 
di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang 
dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang 
boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan 
manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang 
pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala 
keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu 
perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba 
menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham 
dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan 
menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan 
manusia serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal manusia 
daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh 
memusnahkan manusia itu sendiri.


HIKMAH MANDI WAJIB


Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia 
terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma 
ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali 
manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan 
isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma 
ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan 
berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan 
kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil 
kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan 
di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub 
sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada 
bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan 
berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah 
makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang 
diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib 
selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria 
tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya 
dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka 
terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus 
dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.


TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB


Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( 
dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang 
kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan 
tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk 
ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. 
Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan 
yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya 
debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis 
lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya 
mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - 
MANHAL




Tuesday, September 20, 2011

APABILA ANDA........



 Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

 Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

 Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

 Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

 Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

 Apabila semua di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

 Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

 Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yannnnng Satu.

 Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

 Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Saturday, September 17, 2011

Anda HIPOKRIT ATAU MUNAFIQ ?



just mau kongsi...sebenarnya aku benci orang yang menuduh orang lain munafiq au hipokrit..padahal benda tu susah nak nampak melainkan apa yang Nabi dah bagitau..yang munafiq itu ada 3 ciri...dalam sesetengah riwayat 4 ciri...wallahua'lam..anda cari la sendiri kat google.

Klise - inilah yang boleh saya katakan bila mendengar orang kata tak mahu jadi hipokrit. Nak jadi diri sendiri. Tak nak tipu diri sendiri..tak nak tipu orang lain.. Maka jadilah ungkapan "Be Yourself" sebagai pegangan mereka... Amboi, bagusnya...
.
Cuba kita fikirkan kembali, sebenarnya terdapat kesilapan bagi sesiapa yang menjadikan kata-kata ini sebagai pegangan. Sekiranya perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita dan tiada kaitan dengan agama ataupun lebih jelasnya tiada ketetapan secara mutlak dalam agama, maka dalam perkara sebegini tidak mengapa jika kita ingin “be myself”. Kita bebas memilihnya mengikut selera dan aneka rasa yang ada. Contohnya seperti makanan kegemaran, warna kesukaan dan hiasan pada blog.
Sekiranya perkara itu ada kaitan dengan agama ataupun sudah ditetapkan hukumnya dalam Islam, maka perkara itu bukanlah suatu pilihan, sebaliknya ia adalah satu ketetapan, yang tidak dapat tidak mesti kita ikuti dan patuhi. Tiada pilihan lain. Contohnya seperti kewajipan menutup aurat dan solat lima waktu. Mungkin sebelum ini ada antara kita yang tersalah memilih, tetapi setelah kita ketahui mana yang benar maka perlulah kita ikuti dan amalkan.

Antara penyebar utama ‘fahaman’ ini ialah segelintir artis. Ada dalam kalangan mereka (terutamanya artis wanita) yang pergi menunaikan haji atau umrah lalu pulang ke tanah air dan ditanya, “Mengapa anda tidak bertudung seperti sebahagian artis lain yang baru pulang dari tanah suci?” Dengan tenang dan tanpa rasa bersalah mereka menjawab, “Mengapa perlu tukar itu dan ini? Saya adalah saya! Kenapa nak ikut orang lain? Saya bukannya hipokrit!” Lebih kurang begitulah reaksi mereka. Sedih kita apabila mendengar kata-kata sedemikian.


Dalam satu sumber yang dipetik penulis, hipokrit didefinisikan sebagai seseorang yang mengatakan sesuatu walaupun dia tidak bersetuju dengannya, seseorang yang berlawanan sifatnya dengan apa yang dilakukan, atau sesiapa sahaja yang mendiskriminasi orang yang melakukan perkara yang mereka sendiri melakukannya walaupun mereka menyedarinya.

Tetapi, dalam masyarakat kita dewasa ini, istilah hipokrit acapkali diterjemahkan sebagai munafiq. Adakah sama maksudnya? Jika kita merujuk kembali kitab-kitab agama, munafiq didefinisikan sebagai mereka yang yang mengaku Islam pada zahirnya, tetapi dalam hatinya dan tindak-tanduknya bukanlah seperti seorang Islam. Atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah berpura-pura sebagai seorang Islam.


Perkara inilah yang perlu difahamkan kepada masyarakat kita umumnya, apatah lagi sesetengahnya menyalahgunakan istilah hipokrit dan munafiq ini. Tentu kita biasa mendengar ungkapan, “Biarkan apa orang nak kata pada saya, walaupun saya berpakaian macam ni, saya ni baik, iman dalam hati. Iman bukannya pada tudung, jubah, purdah, kopiah atau serban“ ataupun sebegini “Inilah diri saya, saya memang sejak kecil macam ni. Saya tak nak la jadi hipokrit dengan memakai tudung la, stokin la. Hei! Jahat sangat ke saya ni? Allah tak pandang luaran, Dia tengok hati kita. Tak semestinya berpakaian macam ni hati kotor!”Bagaimana dan kenapa masih wujud kata-kata seperti ini?. Terutamanya dalam kalangan artis dan muda-mudi umumnya. Sebenarnya mereka tidak memahami apa itu iman dan munafiq yang sebenar.

Iman berdiri dengan tasdiq bil qalb (membenarkan dengan hati), taqrir billisan (mengaku atau mengucap dengan lisan),dan ‘amal bil jawarih (amalan dan perbuatan anggota badan). Iman bukan sahaja letaknya di hati, perlu cukup perkara-perkara yang disebutkan, barulah boleh dikatakan sebagai sempurna iman. Jika tidak, jangan mudah-mudah dan senang-senang hendak mengaku hati bersih dan kuat iman.

Tapi apa yang berlaku pada hari ini ialah lahirnya para ‘mufti’ dari kalangan artis dan mereka yang terpesong. Pernah seorang ulama berkata, “Iman itu ibarat biji benih, jika benih itu elok maka akan keluarlah pohon, dedaunan serta buah-buahan yang subur dan mekar. Tetapi, jika benih itu buruk maka sebaliknyalah hasilnya…”

Apa pula yang dimaksudkan dengan munafiq? Adakah mereka yang sejak kecil jahat kemudian melakukan perubahan kepada kebaikan itu dikatakan sebagai munafiq? MasyaAllah! Sungguh terpesong mereka yang berfikiran sedemikian. Munafiq ialah mereka yang mengaku Islam tetapi amat membencinya. Mereka ini lebih teruk daripada orang kafir kerana mereka adalah musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan ular dalam semak. Jadi, adakah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam dianggap munafiq?. Ini merupakan persoalan yang perlu ditanya pada diri dan dikaji secara mendalam.


Sebahagiannya pula ada yang berkata, “Buat apa nak pakai tudung kalau tidak ikhlas? hipokrit!! lebih baik free hair je!!” Sebenarnya, ikhlas adalah sesuatu yang cukup susah untuk kita mendapatkannya. Kata sebahagian ulama, “Ikhlas adalah ibarat seekor semut hitam yang kecil berada di atas batu hitam dalam sebuah gua yang gelap pada waktu malam gelap gelita.” Lihatlah! betapa sukarnya hendak mendapatkan keikhlasan yang sejati. Sehingga begitu sekali perumpamaan yang diungkapkan.

Jika kita hendak menunggu ikhlas singgah pada diri atau bak kata sebahagian orang, “tunggu sampai seru”, maka mungkin kita tidak akan sembahyang, berpuasa, melaksanakan hudud atau menutup aurat sehingga hari kiamat. Di dalam kitab Arbain Nawawi keikhlasan atau keimanan itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu, beramal kerana Allah semata-mata, beramal kerana inginkan syurga, beramal kerana takutkan neraka.

Apakah penyelesaiannya? Untuk memupuk keikhlasan di dalam diri, memerlukan tarbiah, mujahadah, latihan dan kemahuan yang tinggi. Ia perlu dilakukan berperingkat-peringkat dan mempunyai marhalahnya yang tersendiri. Sama-samalah kita berubah,memupuk keikhlasan di dalam diri. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Tuesday, August 23, 2011

pemasangan pelita pada malam 7 likur.......ia satu adat @agama????



Persoalan Agama: Pasang pelita sambut tujuh likur amalan bidaah
Soalan:
APAKAH pandangan agama mengenai amalan memasang pelita bagi menyambut malam tujuh likur yang lebih bersifat budaya.
Ingin Tahu.
Jawapan:
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang melakukan perkara yang baru dalam urusan agama sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia ditolak. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Walaupun sejarawan dan budayawan menjelaskan perkara ini lebih bersifat budaya, persoalannya mengapakah tradisi ini terbatas pada Ramadan saja. Ada sebab tertentu yang menjadikan masyarakat mengamalkan sesuatu budaya.
Contohnya, pesta menuai diadakan untuk merai roh petani yang mengajar hidup berdikari atau untuk penguasa yang menjaga kepentingan petani.
Hujah makhluk halus menjaga hasil tanaman tidak boleh diterima akal. Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 106 bermaksud: "Dan (orang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mempersekutukan-Nya dengan yang lain."
Mentafsirkan ayat ini, Hammad Salamah meriwayatkan daripada 'Asim Abinnujud keprihatinan sahabat kepada syirik menjadikan mereka merungkaikan perkara itu walaupun kurang disenangi.
Contohnya, Huaifah yang menziarah seorang yang sakit lalu mendapati dia memakai tangkal kulit. Huzaifah memotongnya lalu membacakan ayat ke-106 surah Yusuf ini.
Umat harus menyedari Islam yang menjadi pegangan sudah sempurna dengan turunnya ayat ketika hajjatul wada iaitu firman-Nya dalam surah al-Maidah ayat ke-3 bermaksud: "Pada hari ini, Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku sudah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku sudah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu."
Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya: "Kesempurnaan Islam bermaksud umat tidak memerlukan kepada penambahan dalam ibadat dan mereka tidak memerlukan kepada sesiapa pun melainkan petunjuk Nabi Muhammad SAW.
"Tiada lagi suatu yang halal selain dihalalkan Islam dan tiada yang haram selain diharamkan Islam, dan tiada penambahan terhadap apa yang sudah disyariatkan." (Terjemahan Sahih Tafsir Ibn Kathir).
Berbalik kepada soalan anda, menyalakan pelita pada malam likur ini tiada asasnya dalam sunah Nabi apatah lagi ayat al-Quran. Umat Islam dinasihat meninggalkan amalan sia-sia ini kerana bukan saja membazir, malah membuang masa sehingga menjejaskan penumpuan kepada amal salih yang perlu diutamakan.