60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin
kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan
bandar yang mereka diami. Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah
negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau
rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan
orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Nakba
bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab. Palestin merujuk Nakba “malapetaka”,
sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.
Sepuluh Fakta tentang Nakba
1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin.
Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel
mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram
palestin.
2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian
Palestin.
Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri
menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah
dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya
melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang
dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin
dan Tantura.
3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai
satu langkah penting dalam penubuhan Israel.
Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan
menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin
yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.
‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan
yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel
yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan,
pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial
untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang
dipanggil sebagai Laut Galilee)."
4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah.
Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450
bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah
dirobohkan.
5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka
hati.
Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah
pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi
peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.
Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire
cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish]
immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute
refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step
in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while
the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots,
pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “
6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di
dalam apa yang dikenali sebagai Israel.
Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada
yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah
rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga
1966.
Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada
hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak
untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan
diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan
yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel
telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke
rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.
7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar
di seluruh dunia.
Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang
berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih
ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.
8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa.
Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri
ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku,
dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima
pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah
jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia,
Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi,
dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel,
bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi
seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di
Israel dengan sewenangnya.
9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting
untuk keamanan di Timur Tengah.
Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai
pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel.
Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications
Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada
"tanah asal mereka".
10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika.
Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui
bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat.
Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun
2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah
disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan
Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin
telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang
memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu
pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat
antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha
keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.
No comments:
Post a Comment