Maksud sepotong hadis Rasulullah
s.a.w,"Keimanan itu 70 cabangnya, yang afdhalnya ialah 'Laa ilaha
illallah' dan yang terendahnya ialah menolak (membuang) akan sesuatu yang
menyakiti dari tengah jalan dan malu itu cabang dari iman yang terpenting."
1. Beriman dengan Allah s.w.t dan
tidak berlaku syirik kepadaNya.
2. Selain Allah s.w.t. semuanya
adalah ciptaanNya dan Dialah yang kekal buat selama-lamanya.
3. Beriman dengan Malaikat.
4. Beriman dengan kitab-kitab yang
diturunkan Allah.
5. Beriman dengan utusan-utusan
Allah.
6. Beriman dengan takdir Allah, sama
ada baik dan buruk semuanya dari Allah.
7. Beriman dengan hari qiamat.
8. Beriman dengan adanya syurga.
9. Beriman dengan adanya neraka.
10. Mencintai Allah dengan
sebenar-benarnya.
11. Mencintai dan membenci seseorang
kerana Allah.
12. Mencintai Baginda Rasulullah
s.a.w.
13. Ikhlas.
14. Taubat.
15. Takut kepada Allah.
16. Mengharapkan rahmat Allah.
17. Jangan berputus asa dengan rahmat
Allah.
18. Bersyukur.
19. Menepati janji.
20. Bersabar.
21. Tawadhuk.
22. Mengasihi dan bersikap lemah
lembut.
23. Redha dengan apa yang ada.
24. Tawakkal.
25. Jangan sombong.
26. Menjauhi kemarahan.
27. Berperasaan malu.
28. Menjauhi iri hati, dengki dan
hasad.
29. Menjauhi kekecohan, seperti buruk
sangka dan tipu daya.
30. Jangan terlalu mencintai dunia.
31. Mengucap kalimah tayyibah
(syahadah)
32. Membaca al-Quran.
33. Mempelajari ilmu agama.
34. Mengajar ilmu.
35. Berdoa dan bermunajat.
36. Mengingati Allah dan
beristighfar.
37. Menjauhi kesia-siaan dan
perkataan yang melampau batas.
38. Kebersihan, pada badan, pakaian
dan tempat tinggal.
39. Melakukan ibadah solat dengan
bersungguh-sungguh.
40. Sedekah dan berzakat.
41. Puasa.
42. Haji.
43. Iktikaf.
44. Meninggalkan kampung halaman
untuk menegakkan agama /berjihad.
45. Menunaikan nazar dan kifarah.
46. Menjaga amanah.
47. Menutup aurat.
48. Berkorban.
49. Menyempurnakan jenazah.
50. Menjelaskan/membayar hutang.
51. Membaiki muamalah dan mencari
harta dengan cara yang baik.
52. Menjadi saksi terhadap perkara
yang benar.
53. Wajib wara' dalam makan minum dan
menjauhi perkara yang tidak halal.
54. Menjauhi perzinaan.
55. Menunaikan hak anak dan isteri,
hamba dan lain-lain.
56. Menunaikan hak kedua ibubapa.
57. Memberi didikan agama kepada
anak-anak.
58. Menghormati orang yang lebih tua
dan jiran tetangga.
59. Mempereratkan silaturrahim.
60. Memerintah dengan adil.
61. Menyertai jamaah.
62. Mentaati hakim (yang hukumnya
tidak bertentangan dengan agama Islam).
63. Membaiki keadaan sesama secara
sukarela dan untuk keredhaan Allah semata-mata.
64. Menyuruh melakukan kebaikan dan
menegah kemungkaran.
65. Membantu seseorang ke arah
kebajikan.
66. Memelihara batasan Allah.
67. Membelanjakan harta di tempat
yang diredhai Allah, tidak membazir,boros dan kedekut.
68. Menyelamatkan penduduk dunia dari
kerugian dan penderitaan.
69. Bersalam-salaman dan mengucapkan
'Yarhamkumullah' bila orang bersin.
70. Menolak dan membuang benda-benda
yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang.
No comments:
Post a Comment