=))

Saturday, January 29, 2011

sistem FARAID.....



1. Islam Mengambil Berat Mengenai Dengan Ilmu Pusaka.

Ilmu Pusaka adalah salah satu dari cabang Ilmu Fiqh yang sangat diambil berat oleh Islam dan dipandang sangat tinggi nilainya.Oleh itu Islam disamping menyuruh umatnya mempertingkatkan sistem pusaka Islam dengan betul, dan memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba meringan-ringankan atau meninggalkan sistem Ilahi ini, ia menyuruh kita mempelajari dan mengajarnya. Antara dalil-dalilnya ialah seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dan darul Qutni di bawah ini:-

“Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku”.

Dan sabda baginda saw lagi:-

“Daripada Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulallah saw telah bersabda: Ilmu itu ada tiga jenis, dan yang lainnya adalah satu kelebihan, iaitu Ayat Quran yang bersifat hukum (Muhkamah) atau Sunnah(hadis) yang sahih atau Faridhah(pembahagian Pusaka) yang adil.” (Riwayat Abu Daud).

2. Pusaka Mengikut Syarak

Ialah suatu hak yang boleh dibahagikan dan sabit kepada yang berhak setelah yang berhak dahulu itu mati, kerana ada hubungan kerabat, suami isteri atau wala’ atau perjanjian.

(* Maksud hak ialah semua jenis-jenis hak yang merangkumi harta benda dan lainnya seperti hak qisas dan shafaat.)

3. Rukun-rukun Pusaka

Sepertimana ilmu-ilmu yang lain, Pusaka juga mempunyai rukun-rukunnya bagi memastikan pusaka dapat ditentukan dengan sah mengikut hukumnya. Di bawah ini dijelaskan rukun-rukunnya iaitu:-

i. Pewaris ( Si mati)

ii. Waris ( ahli waris yang berhak )

iii. Yang diwaris ( harta atau sebagainya)

4. Sebab-sebab Pusaka

Selain daripada rukun, sistem pusaka dalam Islam melihat juga kepada beberapa sebab yang menjadikan seseorang itu berhak menerima harta pusaka keluarganya yang telah meninggal dahulu itu. Dengan sebab-sebab inilah seseorang waris itu boleh mendapat pusaka iaitu:-

i. Pernikahan

ii. Kerabat

iii. Wala’ (pembebasan hamba)


Ayat An-Nisaa’:12 ini adalah sebagai dalil menunjukkan salah satu sebab perwarisan ialah melalui perkahwinan. Maknanya:

“Dan bagimu (suami-isteri) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tingalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari’at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”

5. Syarat-syarat Pusaka

Selain daripada rukun dan sebab, sistem pusaka islam juga telah menentukan syarat-syarat bagaimana seharusnya pusaka itu dibahagikan iaitu:-

i. Pewaris mati dahulu

ii. Waris hidup semasa kematian pewaris

iii. Tidak ada perkara yang boleh menegah waris drp menerima pusaka iaitu:-

a. Perhambaan

b. Membunuh

c. Berlainan agama

6. Apa dia peninggalan si mati (At-Tarikah)

Menurut Mazhab Shafie harta peninggalan si mati ialah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada berupa harta benda, hak kepunyaan, begitu juga apa yang termasuk di dalam miliknya yang dikerjakan semasa hidup tetapi diperolehi setelah ia mati. Di dalam Nihayah al-muhtaj disebut:

“Peninggalan si mati ialah apa-apa yang ditinggalkan untuk orang kemudian daripadanya dari suatu hak seperti jenayah, tuduhan berzina, atau ikhtisas, atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang diambil dari pembunuhnya, kerana diyat itu termasuk ke dalam miliknya, begitu juga apa yang termasuk ke dalam pukatnya yang telah dipasang di masa hidupnya.” Sabda Rasullulah s.a.w. yang maksudnya: “Sesiapa yang telah meninggalkan harta atau sesuatu hak maka untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan bebanan (hutang) atau anak (yang tidak ada sesiapa yang menanggung) maka ia untuk saya (saya yang menanggung).”

7. Mempusakai kegunaan dan perkara-perkara harus

i. Dalam Mazhab Shafie:

Kegunaan si mati semasa hidupnya seperti sewaan atau pinjaman atau wakaf yang dimiliki oleh pewaris itu diambil alih oleh waris-warisnya. Dalam Syarh al-Mahalli:

“Sewaan tidak terfasakh dengan mati salah seorang dari yang berakad bahkan berkekalan sehingga habis tempohnya dan waris bagi pihak yang menyewa adalah menggantikannya di dalam menyempurnakan kegunaan itu.”

ii. Perkara-perkara tidak harus diwarisi

Seumpama seseorang mempunyai rumah membenarkan seseorang lain untuk menjadi tetamu di dalamnya, kemudian tetamu itu mati, maka pengharusan yang diperolehi ini tidaklah diwarisi oleh waris-warisnya dan mereka tidak boleh mengambil tempat tetamu itu di dalam rumah tersebut sebagai tetamu.

8. Hak yang berkaitan dengan si mati

Setelah seseorang itu mati, sebelum harta-hartanya dibahagikan mengikut system faraid atau pusaka, beberapa hak perlau ditunaikan mengikut tertib seperti berikut:-

i. Hak ain harta (berkaitan dengan harta)
Iaitu hak-hak yang berkaitan dengan ain harta-harta yang ditinggalkan oleh si mati. Oleh itu orang yang mula-mula sekali berhak di dalam harta peninggalan si mati ialah orang yang mempunyai hak berkaitan dengan ain harta itu. Umpama seseorang yang membeli sesuatu benda dari kawannya, kemudian dia mati sebelum ia menerimanya dan membayar harganya, maka si penjual berhak dengan benda itu sehingga dijelaskan harganya. Begitu juga harta yang digadai oleh simati semasa hidupnya, maka pemberi gadai hendaklah dibayar untuk menebus ain harta itu.

ii Hak persiapan pengkebumian
Iaitu perbelanjaan yang dikehendaki untuk dilakukan terhadap si mati dari masa mati sehingga dikebumikan. Perbelanjaan yang dimaksudkan ialah belanja memandikannya, mengkafankannya, membawanya ke kubur dan menannamkannya. Perbelanjaan ini hendaklah secara patut dan tidak berlebih-lebihan. Dalam Mazhab Shafie, Syeikh Syarbini al-Khatib ada menjelaskan bahawa mengadakan jamuan makan dari keluarga si mati dan menghimpunkan manusia ke atasnya adalah bidah tidak disunatkan. Oleh itu sesiapa yang membelanjakan sesuatu daripada harta peninggalan si mati , hendaklah diganti.

ii. Hak hutang piutang
Setelah menyelesaikan belanja pengkebumian, jika ada lebih hartanya, hendaklah diselesaikan hutang piutang si mati. Hutang-hutang ini termasuklah hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah. Dalam Mazhab Shafie, hutang Allah hendaklah didahulukan daripada hutang dengan manusia. Hutang-hutang Allah ialah seperti zakat yang belum ditunaikan, haji yang belum sempat dilaksanakan, kafarah dan nazar. Hutang dengan manusia seperti hutang wang dan sebagainya.

iv. Hak wasiat
Setelah selesai menyempurnakan hak-hak yang tersebut tadi, barulah kita sempurnakan wasiat si mati jika ada lebihan hartanya dan tidak lebih satu pertiga daripada baki harta tersebut. Sekiranya lebih daripada satu pertiga, adalah tidak sah wasiat itu yang lebihan tersebut kecuali diizinkan oleh ahli-ahli warisnya.

v. Harta Sepencarian
Seterusnya, jika ada antara waris-waris yang ingin menuntut harta sepencarian bersama si mati, ia hendaklah mengemukakan tuntutannya ke Mahkamah Syariah sebelum harta itu difaraidkan. Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

vi. Hak waris (Harta Pusaka)
Setelah disempurnakan hak-hak yang disebutkan tadi, bolehlah dibahagikan yang baki itu kepada ahli waris si mati yang berhak mengikut syarat dan tertibnya.

9. Waris-Waris Yang Tidak Terlindung/Terhalang Oleh Sesiapapun

Terdapat 5 orang waris di dalam sistem pusaka Islam yang tidak dihalangi oleh sesiapapun di dalam pembahagian harta pusaka si mati, iaitu:-

i. Suami/ Isteri

ii. Bapa

iii. Ibu

iv. Anak Perempuan

v. Anak lelaki



Semoga keterangan ringkas di atas dapat memberi sedikit maklumat asas tentang ilmu Faraid kepada anda

RIBA


Al-Qur’an menjelaskan tentang riba, pada surat Al-baqarah:275 dan ayat inilah yang menjadi hukum mengenai status riba
الَّذِينَ يَأْكُلوُنَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَآءَهُ مَوْعِظَةُُ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Orang-orang yang makan (mengambil) riba[174] tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila[175]. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu[176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.(Al-Baqarah:275)
catatan kaki:
[174]. Riba itu ada dua macam: nasiah dan fadhl.
Riba nasiah ialah pembayaran lebih yang disyaratkan oleh orang yang meminjamkan.
Riba fadhl ialah penukaran suatu barang dengan barang yang sejenis, tetapi lebih banyak jumlahnya karena orang yang menukarkan mensyaratkan demikian, seperti penukaran emas dengan emas, padi dengan padi, dan sebagainya. Riba yang dimaksud dalam ayat ini riba nasiah yang berlipat ganda yang umum terjadi dalam masyarakat Arab zaman jahiliyah.
[175]. Maksudnya: orang yang mengambil riba tidak tenteram jiwanya seperti orang kemasukan syaitan.
[176]. Riba yang sudah diambil (dipungut) sebelum turun ayat ini, boleh tidak dikembalikan.
يَمْحَقُ اللهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah[177]. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa[178].(Al-Baqarah:276)
catatan kaki:
[177]. Yang dimaksud dengan memusnahkan riba ialah memusnahkan harta itu atau meniadakan berkahnya. Dan yang dimaksud dengan menyuburkan sedekahialah memperkembangkan harta yang telah dikeluarkan sedekahnya atau melipat gandakan berkahnya.
[178]. Maksudnya ialah orang-orang yang menghalalkan riba dan tetap melakukannya.
يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَذَرُوا مَابَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah:278)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda[228]] dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. (Ali ‘Imran:130)
[228]. Yang dimaksud riba di sini ialah riba nasi’ah. Menurut sebagian besar ulama bahwa riba nasi’ah itu selamanya haram, walaupun tidak berlipat ganda. Lihat selanjutnya no. [174].
وَمَآءَاتَيْتُم مِّن رِّبًا لِيَرْبُوا فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلاَ يَرْبُوا عِندَ اللهِ وَمَآءَاتَيْتُم مِّن زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللهِ فَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ
Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya). (Ar-Rum:39)

Monday, January 24, 2011

18 ciri suami yang soleh~~~


1)Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta ...suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2)Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin


3)Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4)Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5)Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6)Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7)Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8)Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9)Suami Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10)Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12)Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13)Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14)Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15)Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16)Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17)Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18)Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Friday, January 21, 2011

WATAK SAHABAT SEJATI



Al-Qamah berpesan kepada puteranya :

"Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut:

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.

3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."

Islam agama yang syumul~~~



Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri.Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

da pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari. Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimana Islam mengajarkan wanita yang berkeinginan bernikah, menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah. Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dan Khadijah dimulakan dengan Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad, beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Nabi Muhammad. Oleh itu Khadijah menyuarakan keinginannya melalui perantaraan Nafisah binti Manbah agar merisik Nabi Muhammad untuk dirinya. Tawaran itu disambut aik oleh Muhammad dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka pun terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya, ‘Amru bin Asad. Perkahwinanpun dilaksanakan dengan selamatnya.* Begitulah yang diajarkan dalam sirah. Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk menjalankan sunnah baginda Rasulullah SAW? Cuma caranya biarlah sesuai dengan masyarakat kita. Jika kita seseorang perempuan itu sudah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan sahaja kepada ibu bapa, agar dapat menghubungi pihak keluarga si lelaki itu. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

(*Fiqih Sirah, Jilid 1. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti. Bab Perniagaan Dengan Harta Siti Khadijah Dan Perkahwinan Baginda)

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

LINDUNGILAH HAMBA-HAMBU INI YA ALLAH...

~~puasa yang indah~~


Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahailallah, Allahuakhbar!

Sungguh Maha Pengasihi dan Maha Penyayang Allah,
Sebesar-besar kegembiraan bagi diri ini ketika ini,
Dengan izinya dapat kita bersama kembali dalam tautan hati yang sama-sama berhajatkan hidayah dan keredhaan Allah.


Suatu petang yang kian pantas bergerak ke hujung Ramadhan...
Seorang ibu separuh usia duduk menjahit pakaian bersama lima anak gadis remajanya. Mereka tekun membaca pelbagai judul buku mengikut pilihan masing-masing dan telah dipastikan bermanfaat oleh si ayah. Gadis yang bongsu berumur sekitar 11 tahun bertanya, " Semua yang ibu jahit ini baju raya untuk kami kah ibu?" "Yang warna biru muda ini, tentu untuk Cik kan ibu?" tangan lembut gadis manja berumur 12 tahun sambil menarik sehelai baju bercorak bunga-bunga kecil dari sisi ibunya.


"Angah punya tentu yang ungu ni,"gadis manis yang paling pendiam pun dengan pantas menunjukkan sehelai baju tergantung kepada gadis paling sulung. Masing-masing berebut membelek baju yang sedang ibu mereka siapkan. "Sabar dulu semua anak-anak ibu..., memang semua baju ini untuk kamu. Tapi dengan satu syarat!", Si ibu merenung kelima-lima anak gadisnya dengan lembut.


"Syarat apa pula ibu? Kan selalunya. kami rajin berpuasa, ibu beri kami peluang untuk memilih baju mengikut corak yang kami sukai..." Anak gadis ketiga memberanikan diri membela hak adik-beradiknya. "Alhamdulillah, anak-anak ibu memang baik, taat kepada Allah. Cuma ibu ingin kita pastikan kita semua menyempurnakan puasa seperti yang Allah kehendaki. Nanti di akhirat pun kita boleh peroleh ganjaran. Tidaklah hanya gembira di dunia saja." Si ibu menerangkan niat sucinya.


"Oo gitu..." kelima-lima gadis solehah manjawab serentak. "Semalam ada ayah beritahu kami macam mana sepatutnya puasa yang sebaik-baiknya." gadis ketiga cuba memulakan penjelasan.
"Boleh semua sama-sama jelaskan pada ibu, apa yang telah ayah beritahu?" Si ibu cuba menduga ketajaman fikiran dan ingatan anak-anak kesayangannya.
Setiap seorang daripada anak-anak gadis solehah tersebut menjelaskan semula apa yang ayah mereka terangkan...


Anak pertama: :"Hati seorang mukmin mestilah puasa dari rasa sombong dan ujub. Juga berpuasa dari segi iri hati dan dengki. Semua amal kita musnah jika dalam hati terdapat sifat hasad dengki. Rasulullah SAW pernah memberitahu perihal seorang sahabatnya yang tergolong menjadi penghuni syurga. Apabila ditanya tentang amalanya, dia menjawab, "Saya tidak tidur jika dalam hati ada rasa dengki, iri hati dan khianat. Iri hati dan dengkiakan menghalang kita masuk syurga."


Anak kedua:"Lidah juga mesti berpuasa! Puasa lidah adalah dengan terdiamnya lidah dari berbohong, dusta, mencela, mengumpat, dan menyebar fitnah. Juga memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik di dengar. Kita mesti ingat lidah boleh menghantar kita ke syurga jika digunakan untuk zikrullah. Sebaliknya jika lidah digunakan untuk menyebut perkara yang dimurkai Allah, ia akan menjuruskan kita ke neraka. Nauzubillah!"


Anak ketiga: "Mata juga mesti berpuasa. Malahan mesti sentiasa tunduk dan dipalingkandari melihat perkara dilarang Allah. Apabila pandangan dijaga, hati akan gundah gulana. Pernah yang tidak seorang alim berkata, "Aku pernah terlihat perkara yang dilarang, al-Quran yang telah aku hafaz selama 40 tahunhilang dari ingatan...Ingatlah! jika mata dibiarkan sebebasnya ia akan membawa hati kepada kehancuran!"


Anak keempat: "Telinga orang mukmim juga ikut berpuasa. Telinga orang yang berpuasa mesti dijauhkan daripada mendengar perkataan-perkataan jahat dan keji. Telinga mesti digunakan untuk mendengar ucapan yang baik dan nasihat berguna."


Anak kelima: "Sememangnya sewaktu berpuasa perut menahan lapar hingga waktu berbuka. Apabila berbuka, perut hendaklah diisi secara sederhana dan tidak berlebihan. Makanan yang mengisi perut mestilah halal. Begitulah hakikatnya berpuasa yang Allah kehendaki. Tidak ada yang lebih mengetahui sama ada kita betul-betul berpuasa atau sebaliknya."


"Alhamdulillah... anak-anak ibu sudah ciri-ciri puasa yang Allah tuntut. Itu lebih indaj daripada baju cantik yang ibu jahit ini. Apabila ibadah puasa kita sempurnakan dengan sebaik-baiknya, takwa akan memenuhi hati kita. Takwa itulah sebenarnya pakaian cantik untuk orang beriman. Kejayaan sepanjang berpuasa itulah yang akan mengindahkan Syawal yang dinanti-nantikan." Si ibu mengakhiri sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya yang bongsu.

Wednesday, January 19, 2011

~~saat rindu berbisik...~~~

Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.

15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.

“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...

”Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.“Mestilah abang rindu isteri abang...” Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.

Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.



“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya.

”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”,Haris menjawab panjang.

“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...., Norman mengusulkan cadangannya.

Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul.

Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. ”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.

“Tak ada rezki lagi mak...”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.

Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. ”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.

Haris mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...”, jawab Haris.  “Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan. “Tengoklah macam mana mak…”, Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.

Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.

Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu.

Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik,  “Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan.

Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.

Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.

Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.

Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya,  kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor,  Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia  memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.

Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa.

Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.

”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi?  Nurul rasa risau sangat...”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.

”Tidur rumah Norman...”, jawab haris ringkas.

“Abang, sayang nak tanya sikit boleh??. Haris mengangguk perlahan.

“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.

Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.

“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”, Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.

Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.

Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.

“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.” Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.

Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf.

Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.

Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor  sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap  berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor  untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya.

Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.

Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjau, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul.

Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.

“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”

Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis.

“Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”

Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.

”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”

“Alhamdulillah...”, Haris mengucap syukur.

“Isteri saya macam mana doktor?”

“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”

Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya.

Nurul yang masih lemah memandang Haris.

“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…”Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.

“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”, Nurul menjawab kemudian terlena kerana berasa terlalu penat.

Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri....