=))

Sunday, July 31, 2011

fAdhiLaT bErsAhUr,,,,


Rasulullah s.a.w bersabda yg maksudnya `Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan' (hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Daripada Zaid bin Sabit r.a katanya :`kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w ..selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda - berapakah jarak sebenar di antara kedua-dua itu ? (di antara  makan sahur dengan sembahyang subuh) . Baginda pun menjawap: sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat (hadis riwayat bukhari & muslim)

Pengajaran hadis:
1. Orang yg hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.
2. Jarak yg paling afdal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat al-quran
3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli kitab ialah dengan makan sahur
4. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaiut kira-kira 10 atau 15 min sebelum bilal melaungkan azan subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci al-quran
5. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yg berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, disamping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yg berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yg dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yg makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
6. Pengambilan makanan sahur adalah titik yg membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
7. Waktu sahur adalah waktu yg paling mustajab untuk berdoa kepada Allah swt
8. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur.  Memadai dalam anggaran yg secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yg terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

No comments:

Post a Comment